Thursday, May 21, 2009
erotik
Erotik. Di dalam lingkungan kefahaman tentang erotik, mungkin ada ruang yang belum kita sampai. Saya secara peribadi menemukan keiiginan yang besar untuk mengorek dengan lebih lanjut ruang-ruang, spektrum dan segala macam labirin tentang erotika ini.
Di-sini, erotika hanya tersidai diampaian seksual fizikal. Video lucah dalam format 3gp di-dalam telefon bimbit, filem biru dalam hard disk adalah hal biasa. Bagaimana pula kita patut melihat dan menghargai sebuah lukisan dengan susuk tubuh perempuan telanjang? Apa tingkat-tingkat kehalusan dan sempadannya dengan apa yang dipanggil porno?
Atau, kerana gagal mengambil sikap yang jelas dan bersandar kepada kefahaman yang dalam, maka orang kita akan bersorak sakai bila sesekali disogok dengan satu gambar bogel (ketika tidur)?
P/S:terima kasih,adaptasi dari jelir.wordpress.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment