Tuesday, January 3, 2012

mimpi yang paling menakutkan aku


salam, selamat, 071220110900

     haritu aku mimpi, setakat aku hidup sampai 21 tahun ni, aku rasa mimpi tu lah yang paling aku takut sekali, lagi takut dari mimpi ada pontianak datang cekik leher aku atau mimpi hantu raya datang duduk sebelah katil aku. kisahnya camni, waktu tu dalam pukul tiga pagi, aku baru nak pergi tidur. tak lama aku baring atas katil, lelap.

     aku mimpi, dalam mimpi aku tu, aku ada dalam satu dewan kuliah, dalam tu ada dalam beberapa puluh orang. ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal, tapi semua tak bercakap, senyap je. kemudian datang sorang perempuan umurnya dalam lingkungan 40an, lagaknya macam pensyarah, datang ke depan dan bagi satu kuliah pada semua yang ada dalam dewan tu, apa yang dia cakap aku pun tak tau.

     tak lama, habislah kuliah tu, semua orang mula bangun untuk keluar dari dewan tu. pensyarah perempuan tu tadi kemudian datang semula ke depan dan bagi pengumuman, “perhatian, ada sesiapa tertinggal ni?...tadi ada terjumpa atas meja”, katanya sambil mengangkat tangan untuk tunjuk benda yang tertinggal tu supaya semua orang nampak... kejap, cuba korang teka apa yang dia tunjuk, agaknya apa yang boleh tertinggal kat dalam bilik kuliah atau kelas atau mana mana tempat belajar, agaknya boleh jadi handphone ke, dompet ke, buku ke, tapi bayangkan apa yang dia pegang tu sampai aku kata mimpi ni, mimpi aku takut, aku lagi sanggup mimpi hantu. apa agak agak nya.

     benda yang dia tunjuk tu ialah ‘rosary’. kalau korang tak tau, rosary tu ialah kalung rantai yang ditengahnya ada salib yang selalu dipakai oleh orang kristian. semua orang kemudian tengok dan kemudian aku angkat tangan, aku kata rosary tu aku yang punya. aku datang ke depan, ambik rosary tu dan genggam nya. aku ingat waktu tu aku pakai baju melayu hitam yang aku selalu pakai. rosary tu aku genggam dan usap usap dalam tangan kiri aku yang ada dalam poket baju melayu.

     dibahagian depan bilik kuliah tu ada banner besar yang bertulis ‘presbyterian’, ia maksud nya salah satu cabang dalam mazhab kristianiti. jadi apa yang di kuliah oleh pensyarah perempuan tadi ialah mengenai agama kristian. waktu ni aku terus terjaga dari tidur. waktu tu aku rasa macam lain macam, apa hal aku mimpi macam ni. ni gangguan syaitan. mengucap panjang.

p/s: aku rasa mesti ada kalangan korang rasa aku ada apa apa sebelum aku tidur tu sebab tu mimpi bukan bukan, tapi nantilah lah aku cerita lagi, nanti aku tulis prekuel mimpi yang paling menakutkan aku. bukan ada apa apa pun, ni semua gangguan tidur.

3 comments:

sang kunang-kunang said...

yeah, agak gerun jugak mimpi kamu itu faiz.

kamu byk tahu maklumat tentang apa itu kritianiti, lantas lebih mudah syaitan permainkan kamu dlm keadaan minda tidak sedar.

saya rasa kamu perlu baca semula sirah islam secara kritikal. mungkin boleh hilangkan perasaan caca merba kamu itu.

Hammad0 said...

terima kasih lah sang kunang kunang, betul betul...

bestnya ada orang komen, dah lama takde orang komen blog aku ni. hihih

- said...

ak nk dgr crte slnjutnya faiz