Wednesday, January 4, 2012

annexe

















p/s: klik untuk gambar lain

Tuesday, January 3, 2012

mimpi yang paling menakutkan aku


salam, selamat, 071220110900

     haritu aku mimpi, setakat aku hidup sampai 21 tahun ni, aku rasa mimpi tu lah yang paling aku takut sekali, lagi takut dari mimpi ada pontianak datang cekik leher aku atau mimpi hantu raya datang duduk sebelah katil aku. kisahnya camni, waktu tu dalam pukul tiga pagi, aku baru nak pergi tidur. tak lama aku baring atas katil, lelap.

     aku mimpi, dalam mimpi aku tu, aku ada dalam satu dewan kuliah, dalam tu ada dalam beberapa puluh orang. ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal, tapi semua tak bercakap, senyap je. kemudian datang sorang perempuan umurnya dalam lingkungan 40an, lagaknya macam pensyarah, datang ke depan dan bagi satu kuliah pada semua yang ada dalam dewan tu, apa yang dia cakap aku pun tak tau.

     tak lama, habislah kuliah tu, semua orang mula bangun untuk keluar dari dewan tu. pensyarah perempuan tu tadi kemudian datang semula ke depan dan bagi pengumuman, “perhatian, ada sesiapa tertinggal ni?...tadi ada terjumpa atas meja”, katanya sambil mengangkat tangan untuk tunjuk benda yang tertinggal tu supaya semua orang nampak... kejap, cuba korang teka apa yang dia tunjuk, agaknya apa yang boleh tertinggal kat dalam bilik kuliah atau kelas atau mana mana tempat belajar, agaknya boleh jadi handphone ke, dompet ke, buku ke, tapi bayangkan apa yang dia pegang tu sampai aku kata mimpi ni, mimpi aku takut, aku lagi sanggup mimpi hantu. apa agak agak nya.

     benda yang dia tunjuk tu ialah ‘rosary’. kalau korang tak tau, rosary tu ialah kalung rantai yang ditengahnya ada salib yang selalu dipakai oleh orang kristian. semua orang kemudian tengok dan kemudian aku angkat tangan, aku kata rosary tu aku yang punya. aku datang ke depan, ambik rosary tu dan genggam nya. aku ingat waktu tu aku pakai baju melayu hitam yang aku selalu pakai. rosary tu aku genggam dan usap usap dalam tangan kiri aku yang ada dalam poket baju melayu.

     dibahagian depan bilik kuliah tu ada banner besar yang bertulis ‘presbyterian’, ia maksud nya salah satu cabang dalam mazhab kristianiti. jadi apa yang di kuliah oleh pensyarah perempuan tadi ialah mengenai agama kristian. waktu ni aku terus terjaga dari tidur. waktu tu aku rasa macam lain macam, apa hal aku mimpi macam ni. ni gangguan syaitan. mengucap panjang.

p/s: aku rasa mesti ada kalangan korang rasa aku ada apa apa sebelum aku tidur tu sebab tu mimpi bukan bukan, tapi nantilah lah aku cerita lagi, nanti aku tulis prekuel mimpi yang paling menakutkan aku. bukan ada apa apa pun, ni semua gangguan tidur.

Saturday, December 31, 2011

Friday, November 11, 2011

~2010


Sebenarnya bila dah nak dekat raya haji ni, aku teringat dekat arwah wan aku. Dah dekat setahun agaknya wan aku meninggal.

Bila wan aku meninggal, pertama kali aku nampak atuk aku menangis dan bila orang datang ziarah atuk aku cakap 'Isteri saya dah meninggal'

Sedih betul bunyinya.

Aku ingat lagi, kalau dekat kampung masa subuh, wan aku mesti kejut semua orang bangun sembahyang, termasuk la suami dia. Atuk aku ni ustaz yang hebat sebenarnya, tapi skill mengelat bangun subuh pun dia hebat juga. Kalau time subuh segala macam sakit datang dekat atuk aku, tapi last-last sekali lepas kena marah dengan bini dia, atuk aku terpaksa akur jadi imam subuh cucu-cucu dia ni.

Tahun-tahun lepas atuk aku kena buat pembedahan prostat, normal untuk lelaki berumur 50 tahun keatas. Masa nak masuk operation theather, atuk aku pegang tangan wan aku, dia cakap dia takut. Wan aku setia melayan.

Bila wan aku meninggal, atuk aku baca talkin untuk arwah. Pagi tu hujan renyai-renyai, pakcik saudara aku cakap malaikat tengah cuci bumi. Itulah penghargaan sebaiknya bagi seseorang yang meninggal dalam wuduk sambil baca quran. Aku rasa itulah talkin paling sedih. Talkin yang dibaca oleh seorang suami kepada arwah isterinya

Aku perasan juga makcik-makcik lain macam tengah cakap dekat suami masing-masing 'kalau jah meninggal nanti, abang bacakan la talkin untuk jah, macam ustaz mat bacakan untuk arwah siti hawa'. Pakcik-pakcik semua telan air liur.

Macam mana la rasanya bila orang yang kita sayang, hidup dengan kita sampai nafas terakhir tiba-tiba meniggal. Sedih sebenarnya bila rindu dekat orang yang tak mungkin kita jumpa lagi dah.

Al-fatihah untuk kedua-dua wan aku yang dah meninggal dunia.

p/s: post ni bukan aku buat, ni kawan aku punya blogpost. nama dia wajidi, aku suka cara dia cerita. link kat bawah, lagi satu link tu blogpost aku lama punya.

   

Friday, September 30, 2011

ni adik saya

ni adik saya, ya

exhibit A

exhibit B

Thursday, July 7, 2011

adik saya tangkap gambar saya

hari tu adik saya tangkap gambar saya.

sebelum pose

pose kanan

pose kiri
  
pose tengah

Tuesday, July 5, 2011

kasi berger ayam empat, bang


salam dan selamat,

                waktu petang ni tadi, aku ke satu gerai berger kat kawasan taman perumahan sini. nak beli berger ntuk makan petang petang sebelum makan malam ni nanti. “bang, kasi berger ayam empat, kasi satu berger tu tak payah letak sos”, brader jual berger tu hanya angguk tanda kompromi. salah satu berger tu dimintak ntuk tak payah letak sos sebab ia ntuk haziq. kalau korang nak tau, haziq tu ialah salah sorang anak sedara aku, umurnya 5 tahun, dia tak tahan pedas. tak jauh dari gerai berger tu aku boleh nampak haziq tengah main lompat lompat tepi longkang.

cuaca petang tu cerah, memang cerah walaupun dah nak masuk waktu senja. selang tak sampai lima minit, datang sorang makcik yang agak agak umur dalam lingkungan 40an ke gerai berger. ditanya nya pada brader jual berger tu, “berger ayam dengan daging, mana sedap?”, “mestilah ayam, cikgu. duduk lah dulu”, balas brader berger tu,jawapan yang ringkas dan selamat. “bagi berger ayam satu, ye”, balas makcik tu kemudiannya, sambil duduk atas bangku plastik yang ada di tepi gerai tu.

cikgu?? hmm...cikgu sekolah kot, aku pikir dalam hati. tak lama, duduk duduk dan tengok budak budak main basikal dekat dekat dengan gerai berger ni, cikgu tu pandang aku, kemudian dia kata, “saya suka tengok janggut awak, kerinting lembut je”. aku balas, “haha...abang saya janggut dia takat nih”, aku jawab sambil tunjuk jari ke paras dada. “oh, iye??”.

berger aku order dah siap, aku dapat berger, brader berger dapat duit, fair bizznes. waktu aku blah dari gerai tu, cikgu tu senyum je, aku balas senyuman dia. teringat pulak kat arwah opah, opah meninggal dunia waktu aku kecik lagi. kalau opah masih hidup kan best, aku tak rapat sangat dengan arwah opah, tapi rasa rindu sangat sangat kat arwah. malam tu, aku asyik terfikirkan arwah opah, apa apa pun, semoga arwah opah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman...

...al-fatihah

p/s: kalau ada yang tak tahu, opah bermaksud nenek sebelah ibu