Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

mimpi yang paling menakutkan aku


salam, selamat, 071220110900

     haritu aku mimpi, setakat aku hidup sampai 21 tahun ni, aku rasa mimpi tu lah yang paling aku takut sekali, lagi takut dari mimpi ada pontianak datang cekik leher aku atau mimpi hantu raya datang duduk sebelah katil aku. kisahnya camni, waktu tu dalam pukul tiga pagi, aku baru nak pergi tidur. tak lama aku baring atas katil, lelap.

     aku mimpi, dalam mimpi aku tu, aku ada dalam satu dewan kuliah, dalam tu ada dalam beberapa puluh orang. ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal, tapi semua tak bercakap, senyap je. kemudian datang sorang perempuan umurnya dalam lingkungan 40an, lagaknya macam pensyarah, datang ke depan dan bagi satu kuliah pada semua yang ada dalam dewan tu, apa yang dia cakap aku pun tak tau.

     tak lama, habislah kuliah tu, semua orang mula bangun untuk keluar dari dewan tu. pensyarah perempuan tu tadi kemudian datang semula ke depan dan bagi pengumuman, “perhatian, ada sesiapa tertinggal ni?...tadi ada terjumpa atas meja”, katanya sambil mengangkat tangan untuk tunjuk benda yang tertinggal tu supaya semua orang nampak... kejap, cuba korang teka apa yang dia tunjuk, agaknya apa yang boleh tertinggal kat dalam bilik kuliah atau kelas atau mana mana tempat belajar, agaknya boleh jadi handphone ke, dompet ke, buku ke, tapi bayangkan apa yang dia pegang tu sampai aku kata mimpi ni, mimpi aku takut, aku lagi sanggup mimpi hantu. apa agak agak nya.

     benda yang dia tunjuk tu ialah ‘rosary’. kalau korang tak tau, rosary tu ialah kalung rantai yang ditengahnya ada salib yang selalu dipakai oleh orang kristian. semua orang kemudian tengok dan kemudian aku angkat tangan, aku kata rosary tu aku yang punya. aku datang ke depan, ambik rosary tu dan genggam nya. aku ingat waktu tu aku pakai baju melayu hitam yang aku selalu pakai. rosary tu aku genggam dan usap usap dalam tangan kiri aku yang ada dalam poket baju melayu.

     dibahagian depan bilik kuliah tu ada banner besar yang bertulis ‘presbyterian’, ia maksud nya salah satu cabang dalam mazhab kristianiti. jadi apa yang di kuliah oleh pensyarah perempuan tadi ialah mengenai agama kristian. waktu ni aku terus terjaga dari tidur. waktu tu aku rasa macam lain macam, apa hal aku mimpi macam ni. ni gangguan syaitan. mengucap panjang.

p/s: aku rasa mesti ada kalangan korang rasa aku ada apa apa sebelum aku tidur tu sebab tu mimpi bukan bukan, tapi nantilah lah aku cerita lagi, nanti aku tulis prekuel mimpi yang paling menakutkan aku. bukan ada apa apa pun, ni semua gangguan tidur.

Friday, November 11, 2011

~2010


Sebenarnya bila dah nak dekat raya haji ni, aku teringat dekat arwah wan aku. Dah dekat setahun agaknya wan aku meninggal.

Bila wan aku meninggal, pertama kali aku nampak atuk aku menangis dan bila orang datang ziarah atuk aku cakap 'Isteri saya dah meninggal'

Sedih betul bunyinya.

Aku ingat lagi, kalau dekat kampung masa subuh, wan aku mesti kejut semua orang bangun sembahyang, termasuk la suami dia. Atuk aku ni ustaz yang hebat sebenarnya, tapi skill mengelat bangun subuh pun dia hebat juga. Kalau time subuh segala macam sakit datang dekat atuk aku, tapi last-last sekali lepas kena marah dengan bini dia, atuk aku terpaksa akur jadi imam subuh cucu-cucu dia ni.

Tahun-tahun lepas atuk aku kena buat pembedahan prostat, normal untuk lelaki berumur 50 tahun keatas. Masa nak masuk operation theather, atuk aku pegang tangan wan aku, dia cakap dia takut. Wan aku setia melayan.

Bila wan aku meninggal, atuk aku baca talkin untuk arwah. Pagi tu hujan renyai-renyai, pakcik saudara aku cakap malaikat tengah cuci bumi. Itulah penghargaan sebaiknya bagi seseorang yang meninggal dalam wuduk sambil baca quran. Aku rasa itulah talkin paling sedih. Talkin yang dibaca oleh seorang suami kepada arwah isterinya

Aku perasan juga makcik-makcik lain macam tengah cakap dekat suami masing-masing 'kalau jah meninggal nanti, abang bacakan la talkin untuk jah, macam ustaz mat bacakan untuk arwah siti hawa'. Pakcik-pakcik semua telan air liur.

Macam mana la rasanya bila orang yang kita sayang, hidup dengan kita sampai nafas terakhir tiba-tiba meniggal. Sedih sebenarnya bila rindu dekat orang yang tak mungkin kita jumpa lagi dah.

Al-fatihah untuk kedua-dua wan aku yang dah meninggal dunia.

p/s: post ni bukan aku buat, ni kawan aku punya blogpost. nama dia wajidi, aku suka cara dia cerita. link kat bawah, lagi satu link tu blogpost aku lama punya.

   

Tuesday, July 5, 2011

kasi berger ayam empat, bang


salam dan selamat,

                waktu petang ni tadi, aku ke satu gerai berger kat kawasan taman perumahan sini. nak beli berger ntuk makan petang petang sebelum makan malam ni nanti. “bang, kasi berger ayam empat, kasi satu berger tu tak payah letak sos”, brader jual berger tu hanya angguk tanda kompromi. salah satu berger tu dimintak ntuk tak payah letak sos sebab ia ntuk haziq. kalau korang nak tau, haziq tu ialah salah sorang anak sedara aku, umurnya 5 tahun, dia tak tahan pedas. tak jauh dari gerai berger tu aku boleh nampak haziq tengah main lompat lompat tepi longkang.

cuaca petang tu cerah, memang cerah walaupun dah nak masuk waktu senja. selang tak sampai lima minit, datang sorang makcik yang agak agak umur dalam lingkungan 40an ke gerai berger. ditanya nya pada brader jual berger tu, “berger ayam dengan daging, mana sedap?”, “mestilah ayam, cikgu. duduk lah dulu”, balas brader berger tu,jawapan yang ringkas dan selamat. “bagi berger ayam satu, ye”, balas makcik tu kemudiannya, sambil duduk atas bangku plastik yang ada di tepi gerai tu.

cikgu?? hmm...cikgu sekolah kot, aku pikir dalam hati. tak lama, duduk duduk dan tengok budak budak main basikal dekat dekat dengan gerai berger ni, cikgu tu pandang aku, kemudian dia kata, “saya suka tengok janggut awak, kerinting lembut je”. aku balas, “haha...abang saya janggut dia takat nih”, aku jawab sambil tunjuk jari ke paras dada. “oh, iye??”.

berger aku order dah siap, aku dapat berger, brader berger dapat duit, fair bizznes. waktu aku blah dari gerai tu, cikgu tu senyum je, aku balas senyuman dia. teringat pulak kat arwah opah, opah meninggal dunia waktu aku kecik lagi. kalau opah masih hidup kan best, aku tak rapat sangat dengan arwah opah, tapi rasa rindu sangat sangat kat arwah. malam tu, aku asyik terfikirkan arwah opah, apa apa pun, semoga arwah opah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman...

...al-fatihah

p/s: kalau ada yang tak tahu, opah bermaksud nenek sebelah ibu

Wednesday, June 1, 2011

The Girl With The Green Ribbon

Ada satu cerita kanak kanak yang aku ter-baca hari tu, simple dan pendek tapi ending dia agak tak boleh agak. patutnya aku post lama dah, tapi apasal ntah blog x boleh masuk hari tu. enjoy reading.












Tuesday, November 23, 2010

perjumpaan pertama AIESEC


salam,selamat...23112010.2117

AIESEC UTM ialah satu persatuan di utm, pengenalan tentang AIESEC, mengikut pandangan aku:

1.majoriti adalah kaum cina
2.kebanyakan interaksi antara ahli adalah dalam bahasa inggeris
3.akan ada pelatih dari universiti luar negara datang supaya ahli ahli dapat belajar tentang negara lain
4.aku x tahu ‘AIESEC’ adalah akronim untuk apa
5.selalu anjurkan aktiviti aktiviti yang best dan berunsur ilmiah

                aku masuk persatuan ni awal tahun 2009, ni cerita tentang perjumpaan pertama kelab ni. aku datang ke bilik kelab jalan kaki, x la jauh mana, dalam 1000 meter aja dari kolej…kehkeh.dalam aku berjalan tu, ada lagi sorang awek cina yang jalan dekat depan. aku agak dia ni pun mesti ahli baru. xpe. bila sampai ke bilik kelab perjumpaan baru la dia perasan aku. aku dapat rasa dalam pandangan dia tu, “kelab ni hanya untuk orang orang yang bagus, bukan macam kau, pakaian camping”. aku buat muka jahil.

                perjumpaan pertama kitorang hanya beberapa orang sebab ahli baru dah dibahagikan mengikut kumpulan, dan  rasanya kalau x silap(ingat ingat lupa) aku sorang aje yang melayu kot dalam kumpulan tu. aku dapat rasa yang kebanyakan pelajar cina dekat dalam tu rasa pelik sebab jarang ada orang melayu nak join benda benda macam ni.ada yang macam kata “gaya orang orang macam kau ni pemalas, kenapa la kau masuk persatuan ni…haiii.”..tapi, ada jugak yang tersenyum ikhlas & menyambut. ”kami tak prejudis atau diskriminasi, harapnya kita dapat kerjasama dengan baik”.

                lonjak ke akhir semester, beberapa aktiviti dah dijalankan, aktiviti akhir yang aku lah salah sorang ‘committee member' tapi aku x pergi ke perjumpaan minggu minggu akhir. sampai la ke hujungnya, kemudian smapai sekarang. aku terus x datang kerana rasa malas, takda sebab lain.rasa bersalah pulak sampai sekarang...mungkin betul apa yang diorang fikir waktu perjumpaan yang mula mula.

                apapun, kelab tu memang bagus.banyak yang aku belajar dan ajar.kalau ada ahli AIESEC UTM 2009 yang baca perenggan ni, aku mintak maap banyak banyak semua salah & silap. akhir, aku nak cakap terimakaseh kat semua ahli terutamanya Jean Yeoh, sorang ahli lama AIESEC yang aku paling kagum. might as well said that Im in love with her...

end.   
                

Monday, November 1, 2010

preview filem ‘Howl’


salam,selamat…2.37am.12112010


ni preview tentang filem akan kluar lewat tahun ni, Howl.ceritanya tentang seorang ahli tulis,Allen Ginsberg  yang dah buat satu puisi yang x dapat diterima orang ramai waktu tu, sebab zaman dia keluarkan puisi tu adalah waktu zaman 50s, zaman orang x reti nak mencarut. orang anggap puisi dia ‘obscene’,maksudnya, macam carut/lucah/racist/kasar.kemudian,plot plot berikutnya ialah macam mana puisinya diterima masuk dalam masyarakat.

Sada satu quote yang aku rasa best dari filem tu :

“there’s no beat generation, there’s only a bunch of people trying to get published.” –Allen Ginsberg-

beat generation adalah istilah yang merujuk kepada penulis yang mula jual nama pada 1950s. salah sorang adalah Jack Kerouac. antara penulis yang aku paling kagum. aku belum tangok lagi filem ni, tapi aku rasa ni filem akan kasi penuh citarasa aku.

Tuesday, October 26, 2010

orang korea dan orang iran

                 hari tu,lepas sembahyang zohor kat masjid, aku ngan member kelas aku, ikhwan, pegi makan ringan ringan kat gerai untuk alas perut sebelum kelas kitorang start pukul 2 petang. gerai kat depan masjid utm. waktu kitorang datang ntuk duduk duduk dan makan makan, meja makan banyak dah penuh, ada satu meja je lagi yang kosong. duduk. makan roti. minum air. sembang. aku perasan ada dompet dan hanset atas meja ni sebelum kitorang datang duduk, agak agak tuan punya dompet ni pegi beli barang makan kot. jadi,kami buat dek la,makan.

                pastu datang sorang awek korea tersipu sipu senyum sumbing kat kitorang pasal duduk kat meja dia. aku cakap,”takpe,duduk la”,”ha ha…OK”,balasnya…aku dah agak dah,mesti hanset ngan dompet ni budak korea punya. budak budak korea kat utm ni memang rilek tinggal hanset/ dompet/ komputer kat bilik kuliah atau kat mana mana bila pegi makan. woi!korang ingat ni korea ke,ni malaysia lah, barang kalau tinggal kejap mesti hilang punya.

                awek korea tu pun duduk,rilek,dia cakap dia tunggu member dia. tak lama,member dia datang bawak tembikai potong yang dia beli kejap tadi. rupa rupanya member dia ni mamat iran daa…ingatkan aweks aweks korea tadi.cih,balak dia la kot.
                
                lepas tu, baru aku tau,rupanya mamat tu ngan member aku, ikhwan saling kenal. aku dah naik hairan,aku pikir dalam dalam, macam mana diorang boleh kenal. bila aku tanya camna kenal,katanya membesar sama sama kat iran. fuck. aku mencarut ringan ringan dalam hati. nama dia sameer, awek korea tu pulak nama yeong-un. bila sameer kata dia kenal joe ngan salleh,member kelas aku yang lain, baru aku dapat tangkap diorang satu seksyen dalam kelas komunikasi berkesan.
                
                aku,ikhwan,sameer dan yeong-un sembang sembang dalam bahasa inggeris tentang macam mana nak sebut itu dan ini dalam bahasa korea.dalam tengah sembang,ikhwan dan sameer selit selit lawak yang aku rasayeong-un tak paham,mukanya macam kata,”amende yang korang cakap nih??apa yang lawak??”*.
                
                 dah nak pukul 2,diorang nak blah dah, katanya ada persediaan untuk simposium O&G kat dewan untuk esok. yeong-un yang dah angkat punggung nak blah macam serba salah nak salam atau tak, tangan dihulurnya separuh jalan,hala ke aku.reaksi spontan,aku pun salam la.ikhwan pun rilek. salam. gaya reaksi muka yeong-un lepas salam tu macam,”hmm…sekular jugak depa nih,takda la alim mana”*.aduh,sedas.
                
                 bungkusan makanan diorang tadi tu masih ada atas meja. yeong-un dengan tangan kiri pegang hanset dan dompet,cuba untuk ambik plastik sampah dan plastik minuman sekaligus. macam badut, kekok dan buruk benar gayanya. sameer dah menapak 2-3 langkah, toleh ke balakang ntuk tengok yeoung-un yang masih tak berganjak. tangannya tercuba cuba ntuk pegang plastik plastik sampah tadi.


“tinggalkan aja,akan ada pecacai yang akan kutip kejap lagi”,kata sameer*


“tak boleh. saya orang korea,pemikiran kami kelas pertama, bukan macam kamu dan kebanyakan orang di sini”,balas yeong-un dengan nada yang tajam.*
                 
                 akhirnya, setelah berkali kali mencuba, yeong-un putus asa, plastik dibiarkan atas meja. kami ditinggalkan pergi dengan senyuman pahit mereka dan ucapan ‘jumpa lagi’ dalam bahasa korea oleh yeong-un. perkenalan ringkas ini jadi bahan bual kami untuk beberapa hari berikutnya.

p/s: *dialog adalah rekaan

Wednesday, May 26, 2010

cara cara 'memakai' panadol


salam,selamat.26/5/2010 9.20pm

                dulu aku pernah kerja kat 7-Eleven Cheras Bharu.banyak gak benda benda yang best n xbest jadi waktu aku kerja situ. haaa…ada satu citer yang aku rasa macam lawak pun ada,time aku keja waktu tu.

ada satu waktu tu time aku jaga kaunter,jadi cashier la kiranya.pastu member kerja aku, wan,tgh susun air tin kat cooler.al-kisah,masuk la sorang customer cine tua yang aku rasa dalam umur 50-an camtu.pakai baju pagoda, rambut putih beruban, terbongkok bongkok dia datang kat aku.

“ituu…benda yang kecik itu ada ka?”dia tanya aku,

“haa??...apadia?”aku jawab,

“haiya…benda yang bulat bulat, kecik itu laa.lu mesti tau punyaa”

“x paham la uncle.ape yang kecik kecik bulat bulat?”aku balas balik.

lebih kurang camni la dialog aku ngan customer tu,aku x paham dia nak beli apa.3-4 dialog lepas tu lebih kurang sama.next, aku ingat kan panadol la kot,kan benda tu kecik pastu bulat.aku kasi la panadol biasa sepapan kat dia.

“bukan ini.bukan…mali sini tengok itu sumua”,dia tunjuk kat semua panadol tepi tuh.

“nah.tengok.pilih mana satu…”,aku amik panadol banyak banyak kasi dia tengok.
panadol actifast,bukan. panadol for kids,bukan. panadol menstrual,bukannnn. last last,dia ambik la panadol soluble.belek belek kejap,pastu dia tanya satu soalan yang aku rasa macam gampang.

“ini macam mana mau pakai aa?”

kau buat lawak ape ni,AAAa…bila masa pulak orang pakai panadol,telan panadol ada la.aku panggil member aku,wan.dia pun terkial kial x paham.aku dah pikir yang pakcik tua ni dah nyanyuk.bila dia tengok kitorang buat muka pelik dia pun bagitau,

“alaa…itu benda mau pakai punya,mau kongkek punya.KONGKEK”

dengar dia cakap camtu aku dah ketawa terbahak bahak dah.ntuk sesapa yang x tau maksud kongkeq, maksud kongkeq tu ialah nak beromen.kiranya dia nak kondom la,bukan panadol soluble, kan panadol soluble tu wrapping bungkusan dia macam kondom aje rupa dia.sial.aku pun amik kondom yang ada flavour strawberry kasi kat dia.ntah dengan sapa la dia ni nak main,lantak lah.

selamat.

ape ape hal,komen...

p/s: trimas gransazer jd follower aku.haha

Friday, November 6, 2009

cerita balik

 assalamalaikum,selamat...06112009.10:57pm.

babak I
 waktu balik abes sem 1,naik bas.tgh tunggu bas nak gerak,ada sorang tua nih baru masuk duduk,pastu brader tiket pun mintak la tiket kat dia...
"tiket,ada tiket?"
"tada,tadaa...tadi beli orang tu tada kasi"
huissh...(dgn nada bengang)...turun
baru brader tu menapak.x lama pastu...pakcik tua td cakap
"wop.wopp...ada tiket.ada tiket...igtkan tiket tadi terbang..."
"terbang mane tiket..HAH..TERBANG MANE??"
tua tu pun diam jela,sial je,nak main2 plak - tua bodo...
bagi jela tiket,dalam poket pun malas nak seluk
morale: jgn cakap main main

babak II
jam 7:12pm
gila babi sejuk bas nih,nyesal x kenching seblum naik bas td
bila nak sampai RnR nih,ahhhhhhh....
jam 8:15pm
ah,dekat sejam tahan nak kench,brenti pun bas ni,RnR tangkak...
waktu jalan ke toilet,kapit baik punya beb...
kapit takut terkenching...hehehe
bila bas dah lama jalan,ada plak awek cina turun ke tingkat bawah igt ada toilet(bas 2 tingkat)... rupa rupa nya xde...sian,dia plak kena kepit tut tahan kencing,tu la,tadi waktu bas brenti ko tido
morale: seblom bas gerak,pegi kencing dulu laa

babak III
nak turun dah dari bas kt puduraya...
aku nak turun lambat sikit,ada awek kat blakang aku.
awek nih,cun gak la...dia cakap -
"eh,eh...hanset awak tertinggal...tu" sambil tunjuk tmpat dudukku
"bukan la,ini seat belt kat kerusi nih" (senyum)
"opp.sorii" (senyum 2x ganda)
morale: awek tu nak ngayat aku

babak IV
lepas turun lrt cempaka,bro aku tunggu x sampai seminit...
dia cakap makan dulu,okeh,set...
makan kat resto mamak lazee corner.skali dgn bro aku punya member...
"eh,betul ke ni adik ko?lain je muka..."
geng geng bro aku tanya kt dia.tau la bro aku nih otai,aku muka nerd...xde hal,lepak
..."bla...bla...blaa...klcc"
"bla......ghani...bla...bla"...
..."duit...bla...bla..blaa"
dorang sembang sesame sendri,aku diam la.xtau ape..
bum.BOM...CRASHHH!!!
"eh,ape tu?" - serentak,sume orang kat restoran tu pandang ke luar...
"ada orang kena tembak ke?...kemalangan la tuu"
rasa cam style la,tgh2 makan,ada orang kamalangan - mcm dlm movie plak...
good news: xde orang meninggal/mati/mampus...
bad news: brg2 org tu tgh shopping bertaburan di jalan.kasut, baju etc
morale: xde moral,nak masuk jalan x bagi signal

CHOW...

Tuesday, November 3, 2009

tanpa duga

assalamalaikum,selamat 03112009.05:20pm

 semalam tapau beli nasik dengan telur goreng.jimat.beli dekat kedai A...pastu nampak membe membe kat kedai B,gi jap ah,lepak."hmm...besa la ayam kdai B,beli ah"...NEXT.balikkkk.makannnn...

 waktu nak makan kat bilik,baru prasan,tertukar plastik nasik dgn sape plak td nih.dah tu ada ayam ngn telur plak tu dlm nasik dia,balun la.ada 2 la ayam aku.tp telur 1 jela..nyum nyum...

 pastu sot msuk bilik tnya psl nasik..
"ko makan nasik ko eh?"
"emm...ha'ah" - aku a'ah jela...
sot pun blah.baru aku prasan
laa,tertukar nasik dgn nasik sot ropanyaa...

esoknya,abes exam math bgtau dia...
"sot,smalam ko tertuka nasik ke?"
"hahaha...nasik aku ko makan dah jd taik baru nak bgtau haaa"
"sori sot...hahaha"

p/s: sot ialah klassmate aku yg hebat main baskettball...a.k.a sort/sodd/sottd/zott/sord

Tuesday, October 27, 2009

cik usmuni ngamok (yeke?)

 assalamalaikum,selamat...28102009.0100

 tadi tgk markah tutorial,2 tak hadir...wat the fuckk.aku datang la,lambet yela///
aku pun pegi la jumpa cik usmuni,lecturer
"err...saya datang tutorial aritu.lambat je cik"
"lg 1,kuiz pn kamu x dtg...jgn bg saya mara,MU dah kalah smalam"
kuiz ape plak nihh,ape plk kaitan dgn match MU mlm td....fuck u.fuck u.fuck u.fuck u.
"xde sape telepon kamu?sy ada suruh...atikah kot,bgtau kamu"
"xde la,xde sape call"
"kamu mmg BODOH la,nah ambik kuiz ni duduk kat mana2,buat.dh siap bagi...lantak kamu dpt marka bape"
"terima kasih cik,saya mintak maaf"

 terpaksa...

p/s: post kali ni diselit unsur penipuan agar kamu x pecaye 100%

Friday, October 23, 2009

ayat Quran pada badan bayi !!


----------------------------
nak tahu lebih lebih,klik sini
----------------------------