Monday, September 7, 2009

buah dada tiang lampu

mereka melihat buah dada kamu
bergoncang-goncang tergantung di tiang lampu
tepi jalan yang kerap orang lalu lalang

kamu kata kamu suka begitu
jadi, jangan marah-marah bila
mereka mula cuba mencapai-capai
untuk merasai kekenyalan

lagi elok, berbanding kalau kamu
hanya menayang-nayang dan diludah burung bertenggek
tak sepatutnya jadi begitu, kan?

buah dada tak sepatutnya dibiar
mekar tanpa ada yang menyekar

rupa-rupanya
tangan-tangan tak jadi mengimpikan nikmat itu
kerana kamu terlampau tinggi
dan, kaki mereka – berserta akalnya sekali –
terlalu pendek untuk memegang
apa pun

maka, biar saja kamu tersidai di-situ
sampai-bila-kamu-punya-suka

21 februari 2009
pantai dalam

ini ambil dari puisigulat.blogspot.com
kredit kepada Jelir

No comments: