salam,selamat...23112010.2117
AIESEC UTM ialah satu persatuan di utm, pengenalan tentang AIESEC, mengikut pandangan aku:
1.majoriti adalah kaum cina
2.kebanyakan interaksi antara ahli adalah dalam bahasa inggeris
3.akan ada pelatih dari universiti luar negara datang supaya ahli ahli dapat belajar tentang negara lain
4.aku x tahu ‘AIESEC’ adalah akronim untuk apa
5.selalu anjurkan aktiviti aktiviti yang best dan berunsur ilmiah
aku masuk persatuan ni awal tahun 2009, ni cerita tentang perjumpaan pertama kelab ni. aku datang ke bilik kelab jalan kaki, x la jauh mana, dalam 1000 meter aja dari kolej…kehkeh.dalam aku berjalan tu, ada lagi sorang awek cina yang jalan dekat depan. aku agak dia ni pun mesti ahli baru. xpe. bila sampai ke bilik kelab perjumpaan baru la dia perasan aku. aku dapat rasa dalam pandangan dia tu, “kelab ni hanya untuk orang orang yang bagus, bukan macam kau, pakaian camping”. aku buat muka jahil.
perjumpaan pertama kitorang hanya beberapa orang sebab ahli baru dah dibahagikan mengikut kumpulan, dan rasanya kalau x silap(ingat ingat lupa) aku sorang aje yang melayu kot dalam kumpulan tu. aku dapat rasa yang kebanyakan pelajar cina dekat dalam tu rasa pelik sebab jarang ada orang melayu nak join benda benda macam ni.ada yang macam kata “gaya orang orang macam kau ni pemalas, kenapa la kau masuk persatuan ni…haiii.”..tapi, ada jugak yang tersenyum ikhlas & menyambut. ”kami tak prejudis atau diskriminasi, harapnya kita dapat kerjasama dengan baik”.
lonjak ke akhir semester, beberapa aktiviti dah dijalankan, aktiviti akhir yang aku lah salah sorang ‘committee member' tapi aku x pergi ke perjumpaan minggu minggu akhir. sampai la ke hujungnya, kemudian smapai sekarang. aku terus x datang kerana rasa malas, takda sebab lain.rasa bersalah pulak sampai sekarang...mungkin betul apa yang diorang fikir waktu perjumpaan yang mula mula.
apapun, kelab tu memang bagus.banyak yang aku belajar dan ajar.kalau ada ahli AIESEC UTM 2009 yang baca perenggan ni, aku mintak maap banyak banyak semua salah & silap. akhir, aku nak cakap terimakaseh kat semua ahli terutamanya Jean Yeoh, sorang ahli lama AIESEC yang aku paling kagum. might as well said that Im in love with her...
end.