Tuesday, November 23, 2010

cara cara membuat animasi mudah

.
Benda benda yang perlu ada

1.Gambar anda
2.Gambar latarbelakang
3.Aplikasi Paint dari Windows
4.Perisian Photoscape

Cara cara membuat animasi mudah

1.Potong gambar anda
2.Paste dalam gambar latarblakang>save1
3.Copy lagi satu gambar
4.Invert color>save2
5.Gabung untuk hasilkan AniGIF
6.Voila!

kredit: Badruddeen & Ikram (rakan kelas) untuk gambar & perisian Photoscape.
p/s: gambar latarblakang 'Milky Way star' dari arkib wikipedia.

p/p/s: ini pun boleh kira kebolehan aku no 2, berkelip kelip.
.

Saturday, November 20, 2010

kebolehan baru


.
baru baru ni aku baru perasan aku ada kebolehan baru,iaitu terbang di awang awangan.
p/s :sila rahsiakan perkara ini.
.

Monday, November 1, 2010

preview filem ‘Howl’


salam,selamat…2.37am.12112010


ni preview tentang filem akan kluar lewat tahun ni, Howl.ceritanya tentang seorang ahli tulis,Allen Ginsberg  yang dah buat satu puisi yang x dapat diterima orang ramai waktu tu, sebab zaman dia keluarkan puisi tu adalah waktu zaman 50s, zaman orang x reti nak mencarut. orang anggap puisi dia ‘obscene’,maksudnya, macam carut/lucah/racist/kasar.kemudian,plot plot berikutnya ialah macam mana puisinya diterima masuk dalam masyarakat.

Sada satu quote yang aku rasa best dari filem tu :

“there’s no beat generation, there’s only a bunch of people trying to get published.” –Allen Ginsberg-

beat generation adalah istilah yang merujuk kepada penulis yang mula jual nama pada 1950s. salah sorang adalah Jack Kerouac. antara penulis yang aku paling kagum. aku belum tangok lagi filem ni, tapi aku rasa ni filem akan kasi penuh citarasa aku.

Tuesday, October 26, 2010

orang korea dan orang iran

                 hari tu,lepas sembahyang zohor kat masjid, aku ngan member kelas aku, ikhwan, pegi makan ringan ringan kat gerai untuk alas perut sebelum kelas kitorang start pukul 2 petang. gerai kat depan masjid utm. waktu kitorang datang ntuk duduk duduk dan makan makan, meja makan banyak dah penuh, ada satu meja je lagi yang kosong. duduk. makan roti. minum air. sembang. aku perasan ada dompet dan hanset atas meja ni sebelum kitorang datang duduk, agak agak tuan punya dompet ni pegi beli barang makan kot. jadi,kami buat dek la,makan.

                pastu datang sorang awek korea tersipu sipu senyum sumbing kat kitorang pasal duduk kat meja dia. aku cakap,”takpe,duduk la”,”ha ha…OK”,balasnya…aku dah agak dah,mesti hanset ngan dompet ni budak korea punya. budak budak korea kat utm ni memang rilek tinggal hanset/ dompet/ komputer kat bilik kuliah atau kat mana mana bila pegi makan. woi!korang ingat ni korea ke,ni malaysia lah, barang kalau tinggal kejap mesti hilang punya.

                awek korea tu pun duduk,rilek,dia cakap dia tunggu member dia. tak lama,member dia datang bawak tembikai potong yang dia beli kejap tadi. rupa rupanya member dia ni mamat iran daa…ingatkan aweks aweks korea tadi.cih,balak dia la kot.
                
                lepas tu, baru aku tau,rupanya mamat tu ngan member aku, ikhwan saling kenal. aku dah naik hairan,aku pikir dalam dalam, macam mana diorang boleh kenal. bila aku tanya camna kenal,katanya membesar sama sama kat iran. fuck. aku mencarut ringan ringan dalam hati. nama dia sameer, awek korea tu pulak nama yeong-un. bila sameer kata dia kenal joe ngan salleh,member kelas aku yang lain, baru aku dapat tangkap diorang satu seksyen dalam kelas komunikasi berkesan.
                
                aku,ikhwan,sameer dan yeong-un sembang sembang dalam bahasa inggeris tentang macam mana nak sebut itu dan ini dalam bahasa korea.dalam tengah sembang,ikhwan dan sameer selit selit lawak yang aku rasayeong-un tak paham,mukanya macam kata,”amende yang korang cakap nih??apa yang lawak??”*.
                
                 dah nak pukul 2,diorang nak blah dah, katanya ada persediaan untuk simposium O&G kat dewan untuk esok. yeong-un yang dah angkat punggung nak blah macam serba salah nak salam atau tak, tangan dihulurnya separuh jalan,hala ke aku.reaksi spontan,aku pun salam la.ikhwan pun rilek. salam. gaya reaksi muka yeong-un lepas salam tu macam,”hmm…sekular jugak depa nih,takda la alim mana”*.aduh,sedas.
                
                 bungkusan makanan diorang tadi tu masih ada atas meja. yeong-un dengan tangan kiri pegang hanset dan dompet,cuba untuk ambik plastik sampah dan plastik minuman sekaligus. macam badut, kekok dan buruk benar gayanya. sameer dah menapak 2-3 langkah, toleh ke balakang ntuk tengok yeoung-un yang masih tak berganjak. tangannya tercuba cuba ntuk pegang plastik plastik sampah tadi.


“tinggalkan aja,akan ada pecacai yang akan kutip kejap lagi”,kata sameer*


“tak boleh. saya orang korea,pemikiran kami kelas pertama, bukan macam kamu dan kebanyakan orang di sini”,balas yeong-un dengan nada yang tajam.*
                 
                 akhirnya, setelah berkali kali mencuba, yeong-un putus asa, plastik dibiarkan atas meja. kami ditinggalkan pergi dengan senyuman pahit mereka dan ucapan ‘jumpa lagi’ dalam bahasa korea oleh yeong-un. perkenalan ringkas ini jadi bahan bual kami untuk beberapa hari berikutnya.

p/s: *dialog adalah rekaan

Wednesday, September 15, 2010

Tuesday, June 15, 2010

GANJA


KALAU KERAJAAN MALAYSIA BENARKAN JUDI SUKAN KERANA ALASAN KAWALAN & CUKAI , BENARKAN JUGA PENGEDARAN DADAH , MULAKAN DENGAN BENARKAN PENGGUNAAN GANJA DI MALAYSIA - PENGEDARAN DADAH JUGA TIDAK BOLEH DIKAWAL DAN HASIL CUKAI DARI DADAH JUGA BESAR UNTUK MALAYSIA - MUDAH KAN KITA MEMBANTERAS DADAH ... KEMUDIAN PELACURAN JUGA BENARKAN , JUGA TIDAK BOLEH DIKAWAL - CUKAINYA LUMAYAN JUGA.. DAN SEGALA PENYAKIT SOSIAL LAIN - AKHIRNYA MALAYSIA TIDAK ADA PENYAKIT SOSIAL KERANA SEMUA SUDAH DIBENARKAN ...

Thursday, June 3, 2010

calvin dan hobbes berbincang mengenai penulisan akademik

©Universal Press Syndicate. Original work by Bill Watterson.

aku skang rasa nak menulis la plak,apa apa yg macam best.artikel ke, cerita ke...nampaknya nak kena baca buku banyak banyak la camni,bahan bacaan dr Bakunin sampai Chomsky.tp kalo buat novel mana tau boleh jd kaya cam J.K Rowling.kahkahkah...

p/s: ini dari post aku psl cara nak menulis dgn bagus,KLIK