Tuesday, January 11, 2011

terbalik

iqba kebo, rakan kelas
klik X untuk rakan kelas yang lain.

Friday, December 17, 2010

teringat zaman dulu dulu

salam, selamat.

                beberapa malam lepas aku lepak rumah kakak aku. oya,aku ada sorang anak sedara, balqis(>1 tahun), kiranya anak sedara yang paling muda la, saje je nak bagitau, well well well, aku seorang pak cik. hari tu, lepas makan malam, lepas tengok berita jam 8, lepas drama drama murahan stesen tv tempatan , aku lepak lepak sekejap kat dapur ntuk sembang sembang dengan akak aku. si kecil balqis dah tidor, akak tengah basuh pinggan dan kemas kemas, aku makan pisang dan minum coklat panas, ringan ringan perut sebelum tidur.

                akak criter pasal tempat keje dia yang katanya ada jamuan ringan, aku citer pasal study aku kat utm dan latihan waktu cuti semester. waktu ni aku rasa macam ada skit nostalgia la kot, teringat balik kenangan zaman kecik kecik dulu, kami selalu berebut dan kelahi adik beradik ntuk tengok tv, antara program tv melodi atau rancangan kartun slam dunk. sekarang, kebanyakan topic bual kami lebih banyak mengenai hal hal keluarga/pekerjaan/belajar, macam topik topik perbincangan matang kat tv.

                akak aku memang ada gaya seorang ibu, aku pun lambat laun nanti akan jadik ayah jugak agaknya. teringat waktu darjah 5, hanya pikir tentang main dan tengok kartun dragon ball di tv, kan best kalau aku jadik budak selamanya, x payah pikir belajar & benda benda remeh pasal orang dewasa…


Tuesday, November 23, 2010

perjumpaan pertama AIESEC


salam,selamat...23112010.2117

AIESEC UTM ialah satu persatuan di utm, pengenalan tentang AIESEC, mengikut pandangan aku:

1.majoriti adalah kaum cina
2.kebanyakan interaksi antara ahli adalah dalam bahasa inggeris
3.akan ada pelatih dari universiti luar negara datang supaya ahli ahli dapat belajar tentang negara lain
4.aku x tahu ‘AIESEC’ adalah akronim untuk apa
5.selalu anjurkan aktiviti aktiviti yang best dan berunsur ilmiah

                aku masuk persatuan ni awal tahun 2009, ni cerita tentang perjumpaan pertama kelab ni. aku datang ke bilik kelab jalan kaki, x la jauh mana, dalam 1000 meter aja dari kolej…kehkeh.dalam aku berjalan tu, ada lagi sorang awek cina yang jalan dekat depan. aku agak dia ni pun mesti ahli baru. xpe. bila sampai ke bilik kelab perjumpaan baru la dia perasan aku. aku dapat rasa dalam pandangan dia tu, “kelab ni hanya untuk orang orang yang bagus, bukan macam kau, pakaian camping”. aku buat muka jahil.

                perjumpaan pertama kitorang hanya beberapa orang sebab ahli baru dah dibahagikan mengikut kumpulan, dan  rasanya kalau x silap(ingat ingat lupa) aku sorang aje yang melayu kot dalam kumpulan tu. aku dapat rasa yang kebanyakan pelajar cina dekat dalam tu rasa pelik sebab jarang ada orang melayu nak join benda benda macam ni.ada yang macam kata “gaya orang orang macam kau ni pemalas, kenapa la kau masuk persatuan ni…haiii.”..tapi, ada jugak yang tersenyum ikhlas & menyambut. ”kami tak prejudis atau diskriminasi, harapnya kita dapat kerjasama dengan baik”.

                lonjak ke akhir semester, beberapa aktiviti dah dijalankan, aktiviti akhir yang aku lah salah sorang ‘committee member' tapi aku x pergi ke perjumpaan minggu minggu akhir. sampai la ke hujungnya, kemudian smapai sekarang. aku terus x datang kerana rasa malas, takda sebab lain.rasa bersalah pulak sampai sekarang...mungkin betul apa yang diorang fikir waktu perjumpaan yang mula mula.

                apapun, kelab tu memang bagus.banyak yang aku belajar dan ajar.kalau ada ahli AIESEC UTM 2009 yang baca perenggan ni, aku mintak maap banyak banyak semua salah & silap. akhir, aku nak cakap terimakaseh kat semua ahli terutamanya Jean Yeoh, sorang ahli lama AIESEC yang aku paling kagum. might as well said that Im in love with her...

end.   
                

cara cara membuat animasi mudah

.
Benda benda yang perlu ada

1.Gambar anda
2.Gambar latarbelakang
3.Aplikasi Paint dari Windows
4.Perisian Photoscape

Cara cara membuat animasi mudah

1.Potong gambar anda
2.Paste dalam gambar latarblakang>save1
3.Copy lagi satu gambar
4.Invert color>save2
5.Gabung untuk hasilkan AniGIF
6.Voila!

kredit: Badruddeen & Ikram (rakan kelas) untuk gambar & perisian Photoscape.
p/s: gambar latarblakang 'Milky Way star' dari arkib wikipedia.

p/p/s: ini pun boleh kira kebolehan aku no 2, berkelip kelip.
.

Saturday, November 20, 2010

kebolehan baru


.
baru baru ni aku baru perasan aku ada kebolehan baru,iaitu terbang di awang awangan.
p/s :sila rahsiakan perkara ini.
.

Monday, November 1, 2010

preview filem ‘Howl’


salam,selamat…2.37am.12112010


ni preview tentang filem akan kluar lewat tahun ni, Howl.ceritanya tentang seorang ahli tulis,Allen Ginsberg  yang dah buat satu puisi yang x dapat diterima orang ramai waktu tu, sebab zaman dia keluarkan puisi tu adalah waktu zaman 50s, zaman orang x reti nak mencarut. orang anggap puisi dia ‘obscene’,maksudnya, macam carut/lucah/racist/kasar.kemudian,plot plot berikutnya ialah macam mana puisinya diterima masuk dalam masyarakat.

Sada satu quote yang aku rasa best dari filem tu :

“there’s no beat generation, there’s only a bunch of people trying to get published.” –Allen Ginsberg-

beat generation adalah istilah yang merujuk kepada penulis yang mula jual nama pada 1950s. salah sorang adalah Jack Kerouac. antara penulis yang aku paling kagum. aku belum tangok lagi filem ni, tapi aku rasa ni filem akan kasi penuh citarasa aku.

Tuesday, October 26, 2010

orang korea dan orang iran

                 hari tu,lepas sembahyang zohor kat masjid, aku ngan member kelas aku, ikhwan, pegi makan ringan ringan kat gerai untuk alas perut sebelum kelas kitorang start pukul 2 petang. gerai kat depan masjid utm. waktu kitorang datang ntuk duduk duduk dan makan makan, meja makan banyak dah penuh, ada satu meja je lagi yang kosong. duduk. makan roti. minum air. sembang. aku perasan ada dompet dan hanset atas meja ni sebelum kitorang datang duduk, agak agak tuan punya dompet ni pegi beli barang makan kot. jadi,kami buat dek la,makan.

                pastu datang sorang awek korea tersipu sipu senyum sumbing kat kitorang pasal duduk kat meja dia. aku cakap,”takpe,duduk la”,”ha ha…OK”,balasnya…aku dah agak dah,mesti hanset ngan dompet ni budak korea punya. budak budak korea kat utm ni memang rilek tinggal hanset/ dompet/ komputer kat bilik kuliah atau kat mana mana bila pegi makan. woi!korang ingat ni korea ke,ni malaysia lah, barang kalau tinggal kejap mesti hilang punya.

                awek korea tu pun duduk,rilek,dia cakap dia tunggu member dia. tak lama,member dia datang bawak tembikai potong yang dia beli kejap tadi. rupa rupanya member dia ni mamat iran daa…ingatkan aweks aweks korea tadi.cih,balak dia la kot.
                
                lepas tu, baru aku tau,rupanya mamat tu ngan member aku, ikhwan saling kenal. aku dah naik hairan,aku pikir dalam dalam, macam mana diorang boleh kenal. bila aku tanya camna kenal,katanya membesar sama sama kat iran. fuck. aku mencarut ringan ringan dalam hati. nama dia sameer, awek korea tu pulak nama yeong-un. bila sameer kata dia kenal joe ngan salleh,member kelas aku yang lain, baru aku dapat tangkap diorang satu seksyen dalam kelas komunikasi berkesan.
                
                aku,ikhwan,sameer dan yeong-un sembang sembang dalam bahasa inggeris tentang macam mana nak sebut itu dan ini dalam bahasa korea.dalam tengah sembang,ikhwan dan sameer selit selit lawak yang aku rasayeong-un tak paham,mukanya macam kata,”amende yang korang cakap nih??apa yang lawak??”*.
                
                 dah nak pukul 2,diorang nak blah dah, katanya ada persediaan untuk simposium O&G kat dewan untuk esok. yeong-un yang dah angkat punggung nak blah macam serba salah nak salam atau tak, tangan dihulurnya separuh jalan,hala ke aku.reaksi spontan,aku pun salam la.ikhwan pun rilek. salam. gaya reaksi muka yeong-un lepas salam tu macam,”hmm…sekular jugak depa nih,takda la alim mana”*.aduh,sedas.
                
                 bungkusan makanan diorang tadi tu masih ada atas meja. yeong-un dengan tangan kiri pegang hanset dan dompet,cuba untuk ambik plastik sampah dan plastik minuman sekaligus. macam badut, kekok dan buruk benar gayanya. sameer dah menapak 2-3 langkah, toleh ke balakang ntuk tengok yeoung-un yang masih tak berganjak. tangannya tercuba cuba ntuk pegang plastik plastik sampah tadi.


“tinggalkan aja,akan ada pecacai yang akan kutip kejap lagi”,kata sameer*


“tak boleh. saya orang korea,pemikiran kami kelas pertama, bukan macam kamu dan kebanyakan orang di sini”,balas yeong-un dengan nada yang tajam.*
                 
                 akhirnya, setelah berkali kali mencuba, yeong-un putus asa, plastik dibiarkan atas meja. kami ditinggalkan pergi dengan senyuman pahit mereka dan ucapan ‘jumpa lagi’ dalam bahasa korea oleh yeong-un. perkenalan ringkas ini jadi bahan bual kami untuk beberapa hari berikutnya.

p/s: *dialog adalah rekaan